Cara menyimpan foto di internet

Закрыть ... [X]

Post image for Langkah Pertama Menyimpan RM1 Juta!

Saya pernah menghadiri sebuah forum tentang motivasi kejayaan dan kewangan yang dikendalikan oleh tokoh terkenal Jutawan Muda Internet, iaitu Tuan Irfan Khairi. Dalam forum tersebut, beliau dan rakan panel bercakap tentang “kejayaan” dari perspektif masing-masing. Salah satu ‘kajian’ menarik yang dibuat, beliau minta semua peserta berdiri.

Beliau bertanya pada peserta, kalau hilang pekerjaan, siapa boleh meneruskan kehidupan seperti biasa cuma satu bulan? Sila duduk. Kurang tiga bulan? Sila duduk. Kurang enam bulan? Sila duduk.

‘Mati’ Sebelum Mati

Nah… cuma tinggal tidak lebih 20% peserta yang masih berdiri – mampu survive lebih enam bulan kalau hilang pekerjaan! 80% yang duduk itu akan hilang segala-galanya kalau hilang perkerjaan atau hilang upaya untuk bekerja hanya dalam masa enam bulan!

Mengerikan. Mereka akan ‘mati’ sebelum mati. Kereta mewah yang dibanggakan itu kena tarik. Rumah besar tersergam indah itu kena sita. Bahkan mungkin anak-anak dan isteri yang disayangi diganggu along (samseng pengutip hutang)!

Majoritinya tidak 
ada simpanan yang 
cukup walaupun bergaji besar, rumah besar,
keretanya bergaya, dan lain-lain lagi. Mereka tidak ada simpanan yang cukup untuk tujuan kecemasan berjumlah sekurang-kurang enam bulan pendapatan (atau gaji kasar). Tahap kewangan mereka boleh dikategorikan “kewangan tidak selamat”.

Lebih Berdisiplin Apabila Ada Matlamat

Pada saya, kewangan adalah soal survival, bukan untuk bergaya atau menunjuk kaya. Biar tidak bergaya, asalkan poket kita kaya. Untuk capai sesuatu tahap kewangan, kita perlu jelas tahap kewangan yang kita nak capai. Bila dah ada kesedaran tentang kewangan sejak tahun 2005, saya tetapkan matlamat kewangan peribadi seperti berikut:

  • Simpanan 3 bulan pendapatan.
  • Bebas daripada segala “hutang negatif”.
  • Simpanan 6 bulan pendapatan.
  • Simpanan 9 bulan pendapatan.
  • Simpanan 1 tahun pendapatan.
 Cukupkan dana; pergi haji dan beli rumah kedua.
  • Simpanan RM1.2 juta dan capai status “bebas kewangan” (financial freedom)!

Masa tetapkan matlamat tu, kami suami isteri ada macam-macam hutang. Pendapatan pun masih di bawah paras kemiskinan. Gaji saya ketika itu cuma RM1,750 sahaja. Belum tolak potongan KWSP dan bayaran ansuran pinjaman pendidikan PTPTN. Isteri pula bekerja sebagai suri rumah (yang tiada pendapatan) dan kami tinggal di bandaraya Kuala Lumpur yang kos sara hidupnya agak tinggi!

Kami Bebas Dari Hutang!

Alhamdulillah, walaupun pendapatan kecil dengan kos sara hidup yang tinggi, bila meletakkan matlamat, kewangan kami meningkat dari tahun ke tahun, lebih cepat daripada apa yang kami jangka. Dalam masa empat tahun, kami bebas daripada segala “hutang negatif” dan mempunyai jumlah simpanan yang cukup untuk kami ‘tidur lena’.

Hutang kad kredit tidak ada. Pinjaman beli kereta sudah habis dibayar. Pinjaman pendidikan PTPTN saya dan isteri habis
 bayar. Pinjaman peribadi tidak
 pernah buat. Perabot rumah 
dan barang elektrik,
 semuanya kami beli
 secara tunai. Kolum
 sebelah liabiliti akaun
 kami tidak tahu apa
yang nak ditulis.
 Semuanya duduk sebelah aset dan harta walaupun tidak banyak. Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Hidup kami benar-benar peace of mind walaupun gaji saya tidak besar ketika itu.

Kekayaan Bocor Bila Tiada Matlamat

Itulah pentingnya mempunyai matlamat kewangan. Berdasarkan pemerhatian saya, punca utama ‘kebocoran’ kewangan ialah sebab tak ada matlamat kewangan. Bila tak ada matlamat, berapa banyak pun duit gaji yang diterima, duit itu tak tahu nak ‘dihala’ ke mana. Berapa banyak pun duit gaji yang diterima, akaun bank mereka hanya jadi tempat ‘transit’ sahaja sebelum berpindah ke tangan orang lain. Yang mereka dapat hanyalah penat, puas, tetapi akhirnya menyesal sebab duit itu habis pada kepuasan yang bersifat sementara…

Bagi yang dah berkeluarga, duit habis dengan alasan “mengembirakan keluarga”. Beli itu dan ini secara mewah. Bagi yang masih bujang, duit habis untuk makan dan melancong. Badan makin membesar, tapi tabung simpanan masih lagi kempis!

Demi Matlamat, Kami Kekang Nafsu Berbelanja

Jadi kalau nak kaya, mesti letak matlamat kewangan peribadi. Apabila ada matlamat, kita akan lebih berdisiplin untuk menyimpan. Nafsu berbelanja terpaksa dikekang untuk seketika.

Bila terfikir nak tukar casette player kereta kepada CD player (teknologi terkini ketika itu), hati saya berbisik … “Simpanan aku belum cukup.” Apabila rasa hendak tukar kereta baharu, hati berkata pula … “Kereta ini boleh pakai lagi.” Bila rasa nak buat kabinet dapur, “Ish … tak apalah … lagipun bukan lama nak duduk rumah ini.” Bila teringin nak melancong ke tempat yang jauh-jauh, hati saya berbisik lagi … “Melancong dekat-dekat sudahlah. Balik kampung ziarah ibu ayah lagi bagus. Daripada beli itu, beli ini, lebih baik simpan duit cukupkan enam bulan gaji, sembilan bulan gaji, satu tahun gaji, dan RM1 juta dulu!”

Duit yang kita ada hari ini bukan untuk bermewah- mewah. Sebaliknya untuk hidup seadanya hari ini dan hari esok yang belum tentu hujan panasnya. Biarlah tak nampak bergaya pun tak apa, asalkan poket kita kaya!

Untuk menyimpan RM1 juta, mulakan langkah pertama dengan meletakkan matlamat mulai sekarang. Bila ada matlamat, maka otak kita akan mula bekerja mencari jalan untuk mencapainya. Hasilnya pasti jauh berbeza berbanding orang yang tak ada matlamat. Dan apa yang selalu berlaku, matlamat tu akhirnya dapat dicapai lebih cepat daripada apa yang kita pernah jangka! InsyaAllah.

Zulkifli
Damansara Heights
Updated 13 Jun 2017 (artikel asal 27 Jun 2011)
19 Ramadhan 1438H

[Artikel ini dikemaskini pada 13 Jun 2017]

Artikel berkaitan





ШОКИРУЮЩИЕ НОВОСТИ



Related News


Kohi marri wedding photography
Sri lanka flowers photos
Michael jackson police photos
Azhara jan tv actress photo
Chris keating photography workshop reviews